Realelite World 03-40244859

Examo CKM 500

Posted by: Fatimah Az Zahra on: November 20, 2008

Kategori:     Biokimia

Isi:     450 Biji

Tempoh Penggunaan:     3 Bulan hingga 1 Tahun

Kesesuaian:     Semua peringkat dari bayi hingga orang dewasa

HARGA EXAMO CKM 500 :  RM 56.00

EXAMO adalah sejenis makanan yang memberikan nutrient untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.

EXAMO – CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturate Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500

 Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan maka kian berkuranganlah, timbullah keadaan-keadaan seperti:

  • Lesu
  • Lemah
  • Mengantuk
  • Sengal otot dan sendi
  • Lapar dan Dahaga
  • Marah-marah
  • Tidak dapat meneruskan kerja

Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga dapat dipulihkan.

Peringkat usia yang digalakkan mengambil Examo CKM 500:

  • Bayi & kanak-kanak
  • Pelajar
  • Remaja lelaki & perempuan
  • Dewasa Lelaki
  • Dewasa Perempuan
  • Perempuan Hamil
  • Usia Emas Lelaki
  • Usia Emas Perempuan

Bagaimana hendak memulihkan tenaga?Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:

 

  1. Memberi semangat dan perangsang
  2. Beristirehat
  3. Makan dan Minum
  • Memberi semangat dan perangsang

    Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan manjadi letih tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya.

  • Berisitrehat

    Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya. Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas beristirehat bolehlah ia meneruskan kerjanya.

  • Makan dan Minum

    Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang telah digunakan semasa bekerja. Apa yang harus dimakan?

Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti gula, nasi, kanji, bubur, gandum, teh dan sebagainya.

Demikian Juga Halnya Dengan OtakOtak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisi, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.

 

Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:

  • Perasaan gementar, cemas dan bimbang
  • Bersifat pesimis dan bersikap negatif
  • Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
  • Selalu letih dan tidak bertenaga
  • Sering diganggu kesedihan tidak menentu
  • Serabut fikiran dan kelesuan otak
  • Lemah daya berfikir dan rasa malas
  • Mudah lupa dan rasa jemu
  • Kurang daya tumpuan

Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.

 

Bagaimana Hendak Memulihkan Tenaga Otak?

Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:

  1. Memberikan semangat dan perangsang
  2. Berisitirehat
  3. Makan dan Minum

Memberi semangat dan perangsang

Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya dengan kata-kata perangsang, seperti “Jangan Putus Asa. Cuba Lagi. Saya Yakin Kamu Boleh Berjaya.”

Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, “Ayah faham mata pelajaran ini susah sedikit tetapi setiap yang susah itu sudah pasti ada jalan mengatasinya”. Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakan seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnay datang dari dalam diri.

Beristirehat

Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat.

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakanya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 1000,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.

Makanan dan Minuman

Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak juga boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.

Apakan nutrien saraf  yang dapat memulihkan tenaga otak? Jawapannya akan diberikan kemudian nanti.

Pendapat orang

Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu.

Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah salah.

Kecerdasan Akal

Kecerdasan akal (I.Q) seseorang itu tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.

Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akan seseorang.

Menurut penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendtritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antar ramisaraf-ramisaraf dendrit.

Untuk membentuk hubungan atau jalinan yanb banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.

Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertubuhan ramisaraf dendrit otak?

Jawabnya: BOLEH

Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh mengalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.

 Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schusessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau Zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.

EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Posfat dan Magnesium Posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dindrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektrokimia.

Dari situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrit neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri. Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan itu.

Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumus menurut keperluan optimum pokok, demikian juga EXAMO-CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum.

EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. Ia tidak mengandungi dadah dan dengan dengan itu tidak boleh mendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM 500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England).

EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para sainti mendapati bahawa otak manusia mengandungi antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Posfat dan Megnesium Fospat bertindfak melambatkan kematian sel-sel otak ini.

Di dalam EXAMO-CKM 500 ke semua rumusan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The British Homeopathic Pharmacoposia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrien yang mudah cerna.

Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983, EXAMO-CKM 500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakan oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan universiti sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.

Kesan Kegunaan

  • Meningkatkan Kecerdasan akal

    Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrid neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.

  • Memulihkan tenaga mental

    Tenaga mental dalam  bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, Cl dan lain-lain.

  • Membasmi masalah lupa

    Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluab naklumat baru dan perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.

Lain-lain kegunaan

  1. Payah tidur
  2. Migrain
  3. Lelah
  4. Kanak-kanak degil
  5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
  6. Gangguan mimpi-mimpi gerun
  7. Pesakit jiwa atau mental 

Cara Makan:

Dikemam dalam mulut

                  

Bayi kurang (1 tahun)   ……………..     1 biji

Kanak-kanak (1-7 tahun)   ……………..     2 biji

Kanak-kanak (7-14 tahun)   ……………..     3 biji

Dewasa (14 tahun ke atas     ……………..     4 biji

                  

      Minggu pertama     ……………..     3 kali sehari

      Minggu ke-2 dan ke-3     ……………..     2 kali sehari

      Minggu ke-4 dan seterunya     ……………..     1 kali sehari

Leave a Reply

Powered by FeedBurner

Cara Pesanan

1.On line ke akaun May Bank Robbaniah Husin No 164472241702. Kemudian smskan nama dan alamat anda ke 012-9066432 2.Datang ke pejabat kami di Ali Herbs Enterprise No 1A, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur (Belakang Hospital Tawakkal). Produk yang di pesan melalui sms akan diterima dalam tempoh 24 jam, tertakluk waktu bekerja Isnin hingga Khamis. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-40244859 (Sri).

RSS Realelite World 03-40244859

  • PRODUK IBU HAMIL PALING LARIS
      ” Saya hamil 3 bulan ! ” kata isteri kepada suami. Ayat paling manis kepada pasangan suami isteri. Berita indah ini perlu disusuli dengan kenangan terindah sewaktu hamil sehingga habis pantang. Untuk memastikan bakal ibu sentiasa sihat, segar dan ceria sepanjang kehamilan, Salindah merupakan pilihan paling tepat. 1 Set Salindah mengandungi Set […]
  • Cocoa Collagen – Kembalikan keremajaan anda
    KEMBALIKAN KEREMAJAAN ANDA Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman. Koko Pra campuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan j […]
  • Array
      Online shopping : NONI BSY BLACK HAIR MAGIC AURA SERI NUR JUS MATE 5, DRII, DOCK, ESPRESSO, GAIN 5 DLL DINAR IRAQ – simpan dan jadi jutawan Posted in Dari Kaunter Realelite World
  • AURA GENIUS merangsang pelajar cemerlang
    AURA GENIUS adalah hadiah paling berharga dari ibubapa untuk anak kesayangan mereka..   Adunan minyak pati bunga-bungaan terpilih yang dipertenagakan dengan ‘Lotus Energy’ ini khusus bagi merangsang ‘Crown Chakra’ dibahagian otak mampu membuka minda anak anda semekar teratai lagi harum, memperbaiki daya ingatan, menajamkan daya tumpuan, meningkatkan tahap ke […]
  • PAPAN GUASA ELKEN
    PAPAN GUASA ( Kecil/ Besar : RM 53.00 ) Dari tanduk kerbau ( tanduk kerbau mempunyai sifat negatif sedang tubuh manusia mempunyai sifat positif), apabila digosokkan akan menimbulkan medan listrik yang mampu menyejukkan & detoksifikasi pada tubuh. Bentuk yang unik, mudah dan dapat dibawa kesemua tempat.     ARO GUASA OIL ( RM 131.00 ) Diperbuat dari pati […]
  • ALPHA LIPID – Susu Kolostrum Terbaik
    Apa itu Alpha Lipid LifeLine ? Alpha Lipid Lifeline™ diimport terus dari syarikat New Image International, New Zealand, pengeluar kolostrum terbesar di dunia dan Pemenang Anugerah Eksport New Zealand 3 tahun berturut-turut. Alpha Lipid Lifeline™ dapat Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dan dijamin HALAL. Susu Alpha Lipid Lifeline™ adalah kolustru […]
  • SUSU HI GOAT HR
    KELEBIHAN SUSU HI GOAT • Sesuai untuk mereka yang alah kepada susu lembu • Kaya dengan protein, enzim, mineral & vitamin yang penting untuk kesihatan • Menolong mencegah kanser, merawat gastrik, ulser perut, demam kuning, asma, sukar tidur, penyakit kulit, hepatitis A, migrain, masalah buah pinggang, lemah tenaga batin, awet muda dll. • Menguatkan sistem […]
  • DR II – Kecantikan Kulit
    Jus DR-II adalah merupakan satu evolusi baru dalam dunia penjagaan kulit dan kesihatan masa kini. Satu lagi sensasi dunia kesihatan dan kecantikan yang diimpikan oleh wanita dan lelaki. Dr rozmey sekali lagi tampil dengan formula ajaib lagi hebat , amat berkesan , selamat dan murah. Hanya bahan aktif dan asli seperti astaxanthin, hydrosalate marine colagen,a […]
  • DR BETES – baik utk DIABETES
      Dr.Rozmey terus cipta formulasi bantu pesakit yang hadapi penyakit kencing manis dengan formulasi canggih dR Betes hasil pemerhatian dan penyelidikan beliau. Formulasi ringkas memberikan penguna rasai kenyang dan mengaktifkan tahap guna gula oleh sel-sel serta guna pemanis yang tidak meningkatkan tahap gula dalam darah ternyata mampu menurunkan tahap guna […]
  • BISKUT – PRODUK MUSLIM