Realelite World 03-40244859

Mandian Buih Ultrasonik

Posted by: Fatimah Az Zahra on: April 28, 2009

SEJAK berkurun dahulu, kaedah rawatan menggunakan air atau lebih dikenali sebagai hidroterapi telah digunakan bagi merawat pelbagai masalah kesihatan.

Nama-nama pakar perubatan seperti Dr. Floyer dari England, Dr. Sebastian Kneipp dari Jerman dan Dr. Wilhelm Winternitz dari Vienna adalah di antara beberapa nama yang dikenali melalui rawatan hidroterapi. Hidroterapi adalah penggunaan air dalam rawatan kecantikan dan kesihatan secara profesional.

Penggunaan air pada luaran dan dalaman badan bagi tujuan terapeutik juga dikatakan sebagai hidroterapi. Mandian hidroterapi buih ultrasonik SG 2000 Home Spa kini semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia kerana mempunyai kelebihan bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Tiga kelebihan utama mandian ini ialah ia mengeluarkan gelombang ultrasonik semula jadi, ozon dan ion-ion negatif serta sinar infra merah. Gelombang ultrasonik semula jadi mengeluarkan lebih daripada satu juta buih kecil setiap satu minit. Buih-buih ini akan bertembung di antara satu sama lain dan menghasilkan frekuensi tenaga yang tinggi.

Tenaga inilah yang dapat memanaskan badan daripada dalam seolah-olah anda sedang beriadah selain mengurut, membersih, mencantik dan membentuk badan. Hidroterapi SG 2000 Home Spa mengeluarkan secara purata 0.06 ppm ozon yang mampu menghilangkan bau, bakteria dan bahan kimia. Ia juga menghasilkan air dan udara yang berkualiti yang dapat membantu proses pembersihan.

”Sementara itu, sinar infra merah akan meresap ke dalam tubuh dan membantu memanaskan badan daripada dalam (tulang dan cairan dalam tisu). Ini membantu melancarkan peredaran darah. ”Apabila radiasi daripada sinar infra merah meletupkan molekul maka berlaku getaran yang akan menghasilkan efek yang lebih kuat di dalam tubuh. Ini akan menyumbang kepada peningkatan tenaga seseorang,”.

Terdapat lima kebaikan mandian hidroterapi, antaranya mengurut tubuh secara menyeluruh memandangkan lima minit mandian hidroterapi bersamaan dengan satu jam mengurut secara tradisional.

”Mandian ini juga memanaskan badan daripada dalam. Ibaratnya, memasukkan telur di dalam kolam air panas di mana kuning telur akan masak dahulu sebelum putih telur.

”Ia juga dapat membersih kulit yang merupakan organ terbesar di badan manusia serta berfungsi sebagai paru-paru kedua.

”Wanita amat digalakkan mencuba mandian ini kerana dapat melangsing dan mencantikkan badan. Dengan mandian air panas (yang bersesuaian) dan letupan buih yang tinggi dapat menghilangkan sehingga 200-300 kalori setiap 15 minit.

”Bagi yang tidak mempunyai masa untuk bersenam, 15 minit mandian sama juga dengan berjogging sejauh lima kilometer. Justeru, ia mungkin sesuai untuk orang yang sibuk pada hari ini.”

Semasa mandi, air mandian akan dicampur dengan minyak aromaterapi dan garam moya bergantung kepada penyakit atau masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Minyak aromaterapi dan garam moya mengandungi beberapa bauan seperti lavender, eucalyptus, juniper, spruce/pine, hayseed, rosemary dan camomile. ‘

‘Setiap bauan ini mempunyai kelebihan tersendiri, sebagai contoh lavender dikenali kerana dapat menenang dan menghilangkan ketegangan urat, manakala eucalyptus baik untuk sistem pernafasan, masalah batuk dan resdung, juniper meredakan ketegangan dan sakit otot, dan spruce / pine pula menyegar, menghilangkan kelesuan dan memulihkan tenaga,”

Ahli terapi akan memberitahu pelanggan bagaimana cara mandian dilakukan dan posisi yang boleh dilakukan bagi mendapatkan hasil mandian yang lebih berkesan. Terdapat enam posisi, iaitu mencangkung, duduk, bersila, membongkok, duduk dengan meninggikan lutut dan mengiring. Setiap posisi ini mempunyai kebaikan bagi kesihatan.

Daripada segi kesihatan mandian buih hidroterapi ini dapat membantu mencegah jangkitan penyakit, bertindak sebagai pemutih kulit semula jadi, membersih dan menyah bau badan, menseimbangkan hormon, menggalakkan pertumbuhan sel darah dan sebagainya.

Mereka yang ingin mendapatkan rawatan ini boleh datang ke Aladdin Medic & Beauty Spa. Satu sesi rawatan hanya mengambil masa selama 15 minit dengan dikenakan bayaran RM38. Ada juga yang membeli alat ini bagi diletakkan di rumah untuk digunakan oleh ibu, bapa atau ahli keluarga yang menghidap sakit seperti strok, gout, darah tinggi dan sebagainya.

Kepada yang ingin mencuba mendapatkan rawatan ini bolehlah menghubungi Seri di talian 03-40244859.

Aladdin Medic & Beauty Spa

1 Response to "Mandian Buih Ultrasonik"

1.Saya berminat hendak cuba,belajar dan membeli set spa mandian buih ultrasonoik ini dimana bolih saya hubungi ?

2. dan berapa kos keseluruhan dan siap pemasangan nya ?

Leave a Reply

Powered by FeedBurner

Cara Pesanan

1.On line ke akaun May Bank Robbaniah Husin No 164472241702. Kemudian smskan nama dan alamat anda ke 012-9066432 2.Datang ke pejabat kami di Ali Herbs Enterprise No 1A, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur (Belakang Hospital Tawakkal). Produk yang di pesan melalui sms akan diterima dalam tempoh 24 jam, tertakluk waktu bekerja Isnin hingga Khamis. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-40244859 (Sri).

RSS Realelite World 03-40244859

  • Array
      Online shopping : NONI BSY BLACK HAIR MAGIC AURA SERI NUR JUS MATE 5, DRII, DOCK, ESPRESSO, GAIN 5 DLL DINAR IRAQ – simpan dan jadi jutawan Posted in Dari Kaunter Realelite World
  • AURA GENIUS merangsang pelajar cemerlang
    AURA GENIUS adalah hadiah paling berharga dari ibubapa untuk anak kesayangan mereka..   Adunan minyak pati bunga-bungaan terpilih yang dipertenagakan dengan ‘Lotus Energy’ ini khusus bagi merangsang ‘Crown Chakra’ dibahagian otak mampu membuka minda anak anda semekar teratai lagi harum, memperbaiki daya ingatan, menajamkan daya tumpuan, meningkatkan tahap ke […]
  • PAPAN GUASA ELKEN
    PAPAN GUASA ( Kecil/ Besar : RM 53.00 ) Dari tanduk kerbau ( tanduk kerbau mempunyai sifat negatif sedang tubuh manusia mempunyai sifat positif), apabila digosokkan akan menimbulkan medan listrik yang mampu menyejukkan & detoksifikasi pada tubuh. Bentuk yang unik, mudah dan dapat dibawa kesemua tempat.     ARO GUASA OIL ( RM 131.00 ) Diperbuat dari pati […]
  • ALPHA LIPID – Susu Kolostrum Terbaik
    Apa itu Alpha Lipid LifeLine ? Alpha Lipid Lifeline™ diimport terus dari syarikat New Image International, New Zealand, pengeluar kolostrum terbesar di dunia dan Pemenang Anugerah Eksport New Zealand 3 tahun berturut-turut. Alpha Lipid Lifeline™ dapat Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dan dijamin HALAL. Susu Alpha Lipid Lifeline™ adalah kolustru […]
  • SUSU HI GOAT HR
    KELEBIHAN SUSU HI GOAT • Sesuai untuk mereka yang alah kepada susu lembu • Kaya dengan protein, enzim, mineral & vitamin yang penting untuk kesihatan • Menolong mencegah kanser, merawat gastrik, ulser perut, demam kuning, asma, sukar tidur, penyakit kulit, hepatitis A, migrain, masalah buah pinggang, lemah tenaga batin, awet muda dll. • Menguatkan sistem […]
  • DR II – Kecantikan Kulit
    Jus DR-II adalah merupakan satu evolusi baru dalam dunia penjagaan kulit dan kesihatan masa kini. Satu lagi sensasi dunia kesihatan dan kecantikan yang diimpikan oleh wanita dan lelaki. Dr rozmey sekali lagi tampil dengan formula ajaib lagi hebat , amat berkesan , selamat dan murah. Hanya bahan aktif dan asli seperti astaxanthin, hydrosalate marine colagen,a […]
  • DR BETES – baik utk DIABETES
      Dr.Rozmey terus cipta formulasi bantu pesakit yang hadapi penyakit kencing manis dengan formulasi canggih dR Betes hasil pemerhatian dan penyelidikan beliau. Formulasi ringkas memberikan penguna rasai kenyang dan mengaktifkan tahap guna gula oleh sel-sel serta guna pemanis yang tidak meningkatkan tahap gula dalam darah ternyata mampu menurunkan tahap guna […]
  • BISKUT – PRODUK MUSLIM
  • Enzim Noni – Penawar penyakit barah
      Buah mengkudu yang disebut sebagai noni oleh masyarakat barat atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan. Kajian saintifik mengenai mengkudu atau noni telah dilakukan sejak 45 tahun lalu. Saintis pertama yang mengkaji tentang buah Noni ialah seorang ahli biokimia yang t […]
  • Pati Bunga Khas Untuk Seri Wanita
    Berikut merupakan minyak pati bunga yang digunakan di dalam Aura Seri Nur. Disertakan juga kebaikan setiap bunga tersebut. JASMINE ( JASMINIUM OFFICINALE ) Membantu menguatkan kontraksi diwaktu bersalin, mengurangkan kesakitan dan membantu meningkatkan produksi susu ibu. Meningkatkan keyakinan, inspirasi dan intuisi Meningkatkan benih dan merawat ketidaksubu […]