Skip to content
January 5, 2009 / Fatimah Az Zahra

Kehebatan EMS dalam Biomil

biomil

Ramuan : Pepejal susu rendah lemak, Laktosa, Vitamin Mineral dan kombinasi khas fosfat-fosfat Kalium, kalsium dam magnesium (Garamtisu Biokimia) sesuai untuk kesihatan fizikal, emosi  dan minda si manja dan disediakan mengikut teknologi Elecromagnetic Molecular Signaling (EMS).

MEMAHAMI KONSEP EMS

Konsep EMS ( Electromagnetic Molecular Signaling ) merupakan kaedah terkini di dalam penghasilan Susu Biomil bagi menjamin kualiti yang bermutu tinggi. Kaedah ini memerlukan satu medan yang mampu merakam gelombang tenaga daripada sesuatu jisim. Ianya dipanggil ‘ electromagnetic field’. Tenaga yang dirakam tadi mampu disimpan sebagai memri di dalam komputer sebagai satu file. Misalnya, tenaga tumbuhan herba yang diambil dan dibaca gelombangnya melalui kaedah EMS disimpan di dalam cakera liut dan kemudiannya diaktifkan semula ( transfer ) ke atas produk disamping mengekalkan bahan asal yang terdapat di dalam produk tersebut.

Saintis terkemuka, Dr. Jacques Benveniste dari Perancis telah membuktikan melalui beberapa ujian makmal bahawa sel-sel di dalam sesuati jisim bertindak balas dan berinteraksi apabila menerima semboyan ( frekuensi ) gelombang. Frekuensi dan signal frekuensi gelombang yang tidak bersifat fizikal ini lebih berbentuk kepada frekuensi gelombang radio.

Dr Samuel Hahnemann berpendapat bahawa simptom yang dihasilkan sesuatu ubat itu akan menyembuhkan pesakit yang mengalami simptom yang sama.  Apa yang sebenarnya dilakukan Hahnemann ialah, untuk menyamakan secara empirikal frekuensi yang terdapat di dalam ubat-ubatan Homeopati dengan frekuensi yang terdapat di dalam penyakit tersebut.  Maka berlakulah proses pemadanan semboyan.

Kedua-dua kajian dan rumusan ahli sains di atas menjelaskan bahawa setiap satu jisim memiliki frekuensi tersendiri dan boleh dipindahkan dari satu jisim ke jisim yang lain melalui ” Molecular Signaling”.

Air dan cecair seperti SUSU merupakan antara bahan asas yang boleh dijadikan agen penyimpanan isyarat gelombang dan mampu menyimpan sesuatu gelombang daripada sumber tenaga luar , umpamanya frekuensi suara dan minda daripada bacaan doa seseorang.

Oleh itu, para penyelidik yang bertungkus lumus memformulakan BIOMIL telah menemui kaedah pemindahan tenaga air zam-zam, Habbatus Sawda, Ubat Cacing Probiotik, dan tenaga membentuk sahsiah dan akhlak yang baik ke dalam SUSU BIOMIL. Teknologi ini adalah teknologi PERTAMA yang digunakan di dalam susu anak-anak. Inilah yang menjadikan SUSU BIOMIL isitimewa dan lebih berkhasiat berbanding susu-susu lain di pasaran.

 

SUSU BIOMIL sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas

SUSU BIOMIL boleh diminum oleh orang dewasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: