Skip to content
April 28, 2009 / Fatimah Az Zahra

Mandian Buih Ultrasonik

SEJAK berkurun dahulu, kaedah rawatan menggunakan air atau lebih dikenali sebagai hidroterapi telah digunakan bagi merawat pelbagai masalah kesihatan.

Nama-nama pakar perubatan seperti Dr. Floyer dari England, Dr. Sebastian Kneipp dari Jerman dan Dr. Wilhelm Winternitz dari Vienna adalah di antara beberapa nama yang dikenali melalui rawatan hidroterapi. Hidroterapi adalah penggunaan air dalam rawatan kecantikan dan kesihatan secara profesional.

Penggunaan air pada luaran dan dalaman badan bagi tujuan terapeutik juga dikatakan sebagai hidroterapi. Mandian hidroterapi buih ultrasonik SG 2000 Home Spa kini semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia kerana mempunyai kelebihan bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Tiga kelebihan utama mandian ini ialah ia mengeluarkan gelombang ultrasonik semula jadi, ozon dan ion-ion negatif serta sinar infra merah. Gelombang ultrasonik semula jadi mengeluarkan lebih daripada satu juta buih kecil setiap satu minit. Buih-buih ini akan bertembung di antara satu sama lain dan menghasilkan frekuensi tenaga yang tinggi.

Tenaga inilah yang dapat memanaskan badan daripada dalam seolah-olah anda sedang beriadah selain mengurut, membersih, mencantik dan membentuk badan. Hidroterapi SG 2000 Home Spa mengeluarkan secara purata 0.06 ppm ozon yang mampu menghilangkan bau, bakteria dan bahan kimia. Ia juga menghasilkan air dan udara yang berkualiti yang dapat membantu proses pembersihan.

”Sementara itu, sinar infra merah akan meresap ke dalam tubuh dan membantu memanaskan badan daripada dalam (tulang dan cairan dalam tisu). Ini membantu melancarkan peredaran darah. ”Apabila radiasi daripada sinar infra merah meletupkan molekul maka berlaku getaran yang akan menghasilkan efek yang lebih kuat di dalam tubuh. Ini akan menyumbang kepada peningkatan tenaga seseorang,”.

Terdapat lima kebaikan mandian hidroterapi, antaranya mengurut tubuh secara menyeluruh memandangkan lima minit mandian hidroterapi bersamaan dengan satu jam mengurut secara tradisional.

”Mandian ini juga memanaskan badan daripada dalam. Ibaratnya, memasukkan telur di dalam kolam air panas di mana kuning telur akan masak dahulu sebelum putih telur.

”Ia juga dapat membersih kulit yang merupakan organ terbesar di badan manusia serta berfungsi sebagai paru-paru kedua.

”Wanita amat digalakkan mencuba mandian ini kerana dapat melangsing dan mencantikkan badan. Dengan mandian air panas (yang bersesuaian) dan letupan buih yang tinggi dapat menghilangkan sehingga 200-300 kalori setiap 15 minit.

”Bagi yang tidak mempunyai masa untuk bersenam, 15 minit mandian sama juga dengan berjogging sejauh lima kilometer. Justeru, ia mungkin sesuai untuk orang yang sibuk pada hari ini.”

Semasa mandi, air mandian akan dicampur dengan minyak aromaterapi dan garam moya bergantung kepada penyakit atau masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Minyak aromaterapi dan garam moya mengandungi beberapa bauan seperti lavender, eucalyptus, juniper, spruce/pine, hayseed, rosemary dan camomile. ‘

‘Setiap bauan ini mempunyai kelebihan tersendiri, sebagai contoh lavender dikenali kerana dapat menenang dan menghilangkan ketegangan urat, manakala eucalyptus baik untuk sistem pernafasan, masalah batuk dan resdung, juniper meredakan ketegangan dan sakit otot, dan spruce / pine pula menyegar, menghilangkan kelesuan dan memulihkan tenaga,”

Ahli terapi akan memberitahu pelanggan bagaimana cara mandian dilakukan dan posisi yang boleh dilakukan bagi mendapatkan hasil mandian yang lebih berkesan. Terdapat enam posisi, iaitu mencangkung, duduk, bersila, membongkok, duduk dengan meninggikan lutut dan mengiring. Setiap posisi ini mempunyai kebaikan bagi kesihatan.

Daripada segi kesihatan mandian buih hidroterapi ini dapat membantu mencegah jangkitan penyakit, bertindak sebagai pemutih kulit semula jadi, membersih dan menyah bau badan, menseimbangkan hormon, menggalakkan pertumbuhan sel darah dan sebagainya.

Mereka yang ingin mendapatkan rawatan ini boleh datang ke Aladdin Medic & Beauty Spa. Satu sesi rawatan hanya mengambil masa selama 15 minit dengan dikenakan bayaran RM38. Ada juga yang membeli alat ini bagi diletakkan di rumah untuk digunakan oleh ibu, bapa atau ahli keluarga yang menghidap sakit seperti strok, gout, darah tinggi dan sebagainya.

Kepada yang ingin mencuba mendapatkan rawatan ini bolehlah menghubungi Seri di talian 03-40244859.

Aladdin Medic & Beauty Spa

One Comment

Leave a Comment
  1. Salina Karim / May 11 2009 3:38 pm

    1.Saya berminat hendak cuba,belajar dan membeli set spa mandian buih ultrasonoik ini dimana bolih saya hubungi ?

    2. dan berapa kos keseluruhan dan siap pemasangan nya ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: