Skip to content
July 16, 2009 / Fatimah Az Zahra

AURA SERI NUR – Liputan Harian Metro

Pembeli Aura Seri Nur dilindungi insurans

 

MENENANGKAN emosi kerana mengetahui diri kini dilindungi insurans adalah hasrat pengasas Positif Image Resources, pengeluar Aura Seri, Datin Ira Ghani, ketika melancarkan produk terbaru, Aura Seri Nur.

Menurutnya, wanita kini lebih terdedah kepada bahaya termasuk menjadi mangsa jenayah dan perlindungan insurans dapat meredakan kebimbangan.

“Produk terbaru kami yang menggunakan pelbagai adunan bunga termasuk bunga kenanga dapat memberi ketenangan kepada wanita.

“Perbezaan ketara produk kami bukan sahaja kerana baunya yang harum, malah menerusi teknik aroma terapi, ia dapat membantu menstabilkan emosi dan bertindak menambah aura positif dalam diri pengguna.

nur01

 

“Apabila emosi bertambah stabil, aura positif terpancar sekali gus menambah keyakinan dalaman seseorang untuk kelihatan lebih anggun dan muda,” katanya.

 

Menurutnya, ia berbeza dengan produk lain yang merawat bahagian luar tanpa mengambil kira perubahan emosi seseorang.

Ira berkata, perubahan emosi penting kerana dalam dunia serba kompleks dewasa ini, peranan wanita lebih besar tidak kira sama ada mereka bekerja mahupun sebagai suri rumah.

Katanya, pelbagai tugas yang perlu dilakukan menyebabkan emosi seseorang terganggu dan cara terbaik untuk memberi ketenangan ialah aroma terapi.

“Kami juga bekerjasama dengan syarikat insurans bagi membolehkan pembeli Aura Seri Nur dilindungi insurans selama setahun.

“Berikutan itu, bagi setiap pembelian produk berkenaan pembeli perlu mengisi borang sebelum menerima kad insurans yang boleh digunakan di hospital,” katanya.

2 Comments

Leave a Comment
  1. ogy / May 18 2010 7:52 am

    bolehkah aura seri dicampur dengan garam mandian??

    • Fatimah Az Zahra / May 18 2010 4:52 pm

      boleh ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: