Skip to content
July 20, 2009 / Fatimah Az Zahra

Aura Seri Nur – Perlindungan Menyeluruh untuk Wanita

nur01

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA

SEMUA orang tidak boleh menduga bila dan di mana kemalangan akan terjadi pada diri kita. Sehubungan itu, skim perlindungan insurans diperlukan untuk melindungi kita ketika menghadapi detik tidak terduga.

Untuk membeli perlindungan insurans, sudah tentu kita perlu membayar sejumlah wang tetapi ada juga skim perlindungan insurans ditawarkan kepada sesiapa yang membeli sesuatu barangan.

Syarikat pengeluar minyak aroma terapi terkenal, Aura Seri misalnya telah memperkenalkan skim seumpamanya dengan jimlah perlindungan insurans RM10,000.

.Pengasasnya, Datin Nor Zaina Abdul Ghani berkata, bagi setiap pembelian produk Aura Seri Nur, pengguna akan ditawarkan insurans perlindungan percuma sehingga RM10,000 untuk tempoh setahun.

IRA

“Ini adalah satu-satunya produk kosmetik yang menawarkan insurans kepada wanita dalam jumlah yang amat memadai,” katanya ketika ditemui di Aura Seri Spa & Beauty, Medan Idaman, Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Nor Zaina berkata, insurans percuma yang ditawarkan ini adalah hasil kerjasama dengan Sime Darby Lockton Insurance Brokers Sdn. Bhd. dan Kurnia Insurans.

“Ilham untuk menawarkan produk seperti ini dicetuskan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahukan satu skim perlindungan menyeluruh untuk wanita berusia dari 18 hingga 65 tahun,” tambah beliau.

Menariknya tentang insurans ini ialah ia bukan saja melindungi kemalangan, tetapi juga meliputi kes-kes ragut, isteri menjadi mangsa penindasan, penceraian serta penganiayaan.

Khasiat bunga-bungaan dalam minyak

Menyentuh mengenai produk Aura Seri Nur, Nor Zaina berkata, perubatan menggunakan aroma terapi ini sudah diamalkan sejak dari zaman tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina lagi.

“Proses penyelidikan untuk menghasilkan minyak Aura Seri Nur ini mengambil masa selama dua tahun. Ia dirumus oleh Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad.

“Aura Seri Nur mengandungi Ylang-Ylang atau kenanga yang mempunyai agen antiseptik serta berfungsi untuk mengatasi perasaan panik atau gemuruh,” katanya.

“Selain itu, ia juga berfungsi menyeimbangkan hormon pada sistem tubuh, otak serta memberi refleksi pada otot-otot wajah.

“Kandungan ekstrak Jasmine pula bagus untuk memberi wanita lebih keyakinan, melancarkan sistem pernafasan serta menghalang pertumbuhan bakteria buruk,” katanya lagi sambil menunjukkan cara penggunaan mudah.

Caranya ialah dengan titiskan di atas tapak tangan yang bersih, berniat di dalam hati dan guna sama ada terus pada wajah atau titiskan di dalam air mandi.

“Saya menyasarkan seramai sejuta wanita menggunakan produk ini. Selain Aura Seri Nur, kami juga akan melancarkan produk penjagaan kulit Aura Seri Nur yang juga menawarkan perlindungan insurans yang sama secara percuma,” ujar beliau lagi.

rr2

Pengasas Realelite Sdn Bhd, Pn Robbaniah bersama Datin Ira di Rancangan Apa Kata Wanita TV1 pada 19 Julai baru-baru ini.

Dapatkan AURA SERI NUR dari Pn Robbaniah 012-906 6432 untuk perlindungan bernilai RM 10000 sekarang juga !!

2 Comments

Leave a Comment
  1. shema / Nov 7 2009 3:11 pm

    saya begitu berminat dengan aura seri nur, macam cara untuk menyertainya

    • Fatimah Az Zahra / Nov 24 2009 3:22 pm

      Berminat menggunakan Aura Seri Nur ??
      Cuba hari ini, anda pasti terasa kelainan dan keberkesanan energinya.

      Layari : http://www.auraserinur.blogspot.com
      Utk pesanan & penghantaran : 03-4024 4859

      TQ

Leave a comment